Dikutip dari: www.margalubai.blogspot.com
Nama Tempatan: Gaharu/depu
Nama Saintifik: Aquilaria malaccensis
Nama Lain: Karas, Engkaras, agar wood, aquilaria, krasna, agaloca,aloeswood, eaglewood, jinkoh.
Famili: Thymelaeaceae
Lokasi dijumpai: Hutan hujan tropika
Asal: Tumbuhan tempatan
Keterangan:
Pohon Gaharu di kawasan Desa Jiwa Baru Kec. Lubai Kab. Muara Enim Prov. Sumatera Selatan disebut Kayu Kahas. Sewaktu penulis masih kecil periode tahun 80-an, penggunaan Kayu Gaharu oleh orang tua penulis maupun masyarakat Lubai lainnya hanya untuk diambil kulitnya. Kulit kayu Gaharu dapat dijadikan tali pengikat, sebagai dinding pondok atau danggau di Ladang dalam bahasa Lubai Ume.
Pohon Gaharu di Malaysia dengan nama Gaharu, Depu, Karas atau engkaras merupakan pohon besar yang dapat mencapai ketinggian sehingga 40 meter tingginya. Diameter batangnya pula boleh mencapai sekitar 60 cm. Gaharu merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika, terutamanya di tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggiannya sehingga 270 meter daripada paras laut. Taburan pertumbuhan depu secara geografinya meliputi kawasan Asia tenggara, India dan China. Gaharu boleh hidup di semua jenis tanah kecuali kawasan paya dan berair.
Kegunaan:
Resin yang terhasil di bahagian teras batang pokok gaharu merupakan bahan yang mempunyai nilai komersial yang amat di tinggi di pasaran seluruh dunia. Resin ini telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai setanggi atau kemenyan, digunakan dalam pengobatan, kosmetik mahupun bahan untuk upacara keagamaan. Cara tradisonal untuk mendapatkan resin ini ialah dengan menebang pokok ini untuk mendapatkan resinnya. Malangnya tidak semua pokok yang telah matang akan menghasilkan resin, menyebabkan ada pokok yang ditebang secara sia-sia sahaja. Ini menyebabkan pohon Gaharu di kawasan Lubai terancam kepupusan di habitat asalnya.
Kini gaharu merupakan spesis tumbuhan yang di lindungi di negara Malaysia. Perjanjian antarabangsa seperti CITES(Satu konvensioan yang membincangkan urusniaga antarabangsa yang dilakukan ke atas spesis-spesis terkawal)telah diperakui dan dipersetujui oleh 169 buah negara. Persetujuan ini adalah untuk memastikan urusniaga gaharu tidak akan mengancam kepupusan pokok gaharu di habitat semulajadinya.
Dulmuluk Sosialisasikan 5 M + 3 T
3 tahun yang lalu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar